DSC_0607

Ku Katakan Dengan Indah

Hohohohoho....  Macam tajuk yang along berikan ... Ku katakan dengan Indah ini adalah satu entry yang tak best pon bagi Along sebab entry ni saje je Along buat sebab nak letak video je pon ... Sesaja je nak letak video kat blog ni .. Lagu ni Along yang sing waktu tengah ada makan - makan kat rumah member Along kat area Puchong ni  dengan iringan petikan gitar oleh Zam yang merupakan bestfriend Along ....

Anyway enjoy da song




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Syam & Aimi's Wedding Day

Ahahahaha... This time Along nak cerita sikit pasal apa yang Along buat hari ni .. Nak - nak pulak time cuti sekolah camni  memang banyak sangat wedding kan. Ini Along nak cerita sikit pasal wedding 2 orang yang betul - betul Along kenal 8 tahun lepas, Syamsu & Aimi..
Nak dipendekkan cerita yang amat panjang ni , Aimi ni dulu Along punya classmate time Along study kat KUTPM (also known as MSU) dulu, sama - sama study amik DMLT dulu la. Kira memang kenal sangat lah dengan Aimi ni sebab dulu dok study sesama pastu buat event pon sesama gak la sebab dulu memang rapat la, meanwhile Syamsu ni pula orang kuat UPP ( Unit Pembangunan Pelajar ) yang da banyak tolong Along dalam asahkan softskill and many more, dia jugak yang da banyak ajar Along tentang erti kehidupan dunia pekerjaan, sosial dan macam - macam la, even sebab dia jugak la Along rasa Along jadi diri Along sekarang yang tahu how to communicate with other's, kalau nak tahu la, dulu Along ni pemalu gile, memang tk reti nak bersembang la dengan orang lain but dengan dia punya tunjuk ajar, Along da boleh communicate dengan berkesan serta boleh handle event walaupun time tu Along dalam lingkungan umur belasan tahun ( hingusan ).

Along dengan En. Su & Aimi

Time kenduri ni boleh pula Along jumpa dengan ramai kawan - kawan zaman Along belajar kat MSU tu dulu, Along ingatkan dorang semua da lupa kat Along ni , al maklum lah, Along ni terus hilang camtu je time abis dulu, memang lost contact dengan sesetengah orang. Sampaikan ada yang ingat yang Along ni memang da takde da.. Ish.. Sedih pon ada time tu tapi apakan daya, salah Along gak kan hilang tanpa jejak. heheheh.   Bila da jumpa dengan dorang balik tadi, masing - masing dengan pasangan sendiri and ada yang da bawak anak tu, Pergh.. 5 tahun tak jumpa memang la masing- masing da kahwin kan, maka tinggal la Along sorang yang lom berkahwin, maka terkeluar la satu ayat time bersalam dengan pengantin tetiba ada pulak sorang member boleh cakap kat pengantin lelaki 'Tahniah Su, ko da buktikan yang ko bukan gay'. So lepas je ayat tu keluar maka dengan secara automatiknya Along digelar 'Gay' akibat masih belum berkahwin. Haish, geli hati pon ada time tu. Gelak je manjang time jumpa dengan kawan - kawan yang dah lama tak jumpa ni, Masing - masing dengan career sendiri. Cerita pasal kerja pastu dok ramai - ramai then teringat pulak time zaman belajar dulu, susah senang sama - sama time buat event dulu.




Hafizul's family 

Ahahaha.. kadang - kadang bila tengok kawan - kawan yang da kahwin and dah ada anak ni buatkan Along jeles pula. Takpe, tak lama dah lagi pon. Along pun da nak berkomitmen hidup berdua dah lepas ni , yeee haaa... sambil - sambil tu Along selit - selitkan sikit pic time kenduri tadi.

Newly wed Kam & Nida


Yang Newly wed ni dua - dua classmate Along dulu. Da lama da dorang berdua ni bercinta time belaja and tengah bulan November lepas dorang selamat dinikahkan di Masjid UM.




Bakal doc Ayu & Fizah dengan anak 





Sebahagian dari family MSU 

Sempoi style dari pengantin lelaki 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Tak Lama Dah

Heheheheh ... Rasa cam da lama tak ber belog ni kan ... Al maklum la sekarang ni makin busy dengan kerja plus tak lama lagi nak berkomitmen untuk hidup berdua pula .. 






Hehehhe... Da la sekarang ni along je jadi 'ELIGIBLE BACHELOR' diantara kawan - kawan Along yang lain..

Haish.. takpe.. tak lama da ni.. Juz menghitung hari je ni  tuk sampai ke hari yang dinantikan 

Wish me Luck all rite !!~


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Da 25 Tahun Dah !!~

Yeah yeah !!~
Maka dengan berlalu nya 7 November maka Along da genap 25 tahun ada dalam dunia realiti dan maya ni 
Nothing much happen time ni and takde pon celebrate ni
Juz dapat wish from family and friends aje..
that's more than enough for me 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Majlis Berbuka Puasa WARUNG MALAYA





WARUNG MALAYA akan mengadakan satu Program Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Warung Malaya & Family , pengguna2 facebook dan Anak Yatim.
Anda semua di Jemput hadir bagi memeriahkan lg majlis istimewa ini.
Mari bersama2 membuat amal jariah dibulan yg mulia ini.


Maklumat Program :-

TEMPAT : RESTORAN NELAYAN,TASIK TITIWANGSA,JALAN TEMERLOH, KL
map : https://plus.google.com/115372118118903681822/about?gl=MY&hl=en-MY

TARIKH : 11 /08/2012 SABTU

MASA : 6.00 PTG

BAYARAN :
DEWASA - RM50.00
KANAK2 - RM18.50
TARIKH TUTUP BAYARAN : 31/07/2012

TENTATIF PROGRAM
6.00PM - KETIBAAN JEMPUTAN
7.00PM - PERSIAPAN UTK BERBUKA
8.30PM - PERSEMBAHAN DARI RUMAH ANAK YATIM DAN SUMBANGAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM.

**Para tetamu yang bermurah hati utk menderma bole la bawa pakaian2 atau apa2 sahaja barangan utk didermakan kepada rumah anak yatim. kaunter akan dibuka utk menerima segala bentuk sumbangan.

MENU (BUFFET)
1) MASAKAN MELAYU
2) MASAKAN CINA
3) BBQ
4) SATAY
5) STEAMBOT
6) BUAH-BUAHAN + PENCUCI MULUT.
7) AIR

BAYARAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG:-

BAYAR KEPADA: CIK SAIDAH MOHAMED (Cyda Cj)

BANK ACCOUNT NO: 1642 3036 3400 MAYBANK

-----PENTING!!!!-----
* sila msg di no 012-6623446 setelah bayaran dibuat bersama dgn:-

Nama FB :

Masa & Tarikh transaksi :

Berapa Orang yg Pergi :

Jumlah bayaran yg dibuat :

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengerakan lagi hubungan ukhwah sesama kita dan diberkati. InsyaAllah...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Happy Ramadhan

Hype peeps!!~
Kat sini Along nak ucapkan selamat berpuasa bagi umat Islam yang membaca blog yang tak seberapa ni...
Marilah kita bersama - sama memperbanyakkan amal ibadah kita sempena bulan yang keberkatan ini,,

p/s : Kalau time pose je mesti ada iklan ni selalu main kat tv kan kan kan !!~
credit to my FUTURE aka Miss R !!~



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Setahun Sudah Berlalu



Oh yeah !!~
Pejam celik pejam celik da setaun da Along keje kat KKCB ni..
wahahahahaha !!~
Cepat sungguh masa berlalu, langsung tak sedar yang da setaun Along menapak kat JKWPKL, mudah - mudahan tahun yang mendatang Along kat JKWPKL ni dapat diharungi dengan tenang dan rileknya !!~
Nak lagi best bila dapat surat pergerakan gaji.. Yeee haaaa !!~
Seronok lak rasa walaupon nak tak banyak tapi rasa berbaloi la dengan keje Along kat KKCB ni yang kurang pesakit dari KK lain yang ada kat KL ni ..!!~

p/s : Teringat balik time lapor diri waktu first day nak keje... huhuhuhu

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


KaWan JaDi LaWaN

Heheheh !!~
Ni Along nak cerita pasal ada sorang kawan dengan member-member dy ni ..
Terciptalah suatu al-kesah dimana Along juz paste kan kebenaran mengenai HAI-O dan apa yang sebenarnya mereka dagang kan (ex : PB ) dan apakah modal sebenarnya tuk dapatkan korset yang berharga RM2000++ tu dari kajian dari beberapa orang kawan n Along sendiri la kan dimana setelah kajian rupa-rupanya korset yang dijual tu boleh didapati dengan harga RM200++ jer dengan teknologi yang sama digunakan..
Baru je post sket kat FB pasal benda ni da terus kena maki..
Huhuhuhuhuhu !!~
Sedih lak rasa dengan perangai-perangai dorang ni.. Rasanya Melayu ni penuh dengan adat berbudi bahasa bangsanya bukannya bermaki bahasa kan :)
Tak kesah la apa korang nk canang kat Along n my Partner sekalipun, Along tetap cool beb... sebab apa nak tahu tak ? Dorang susah - susah nak bagi pahal free kat Along kan & Dorang senang - senang je nak tambahkan dosa kering sendiri..!!
Dear Friend, ( kawan ke?? ) People nowdays are not stupid ok :) They can see by their own eyes what are really happened ok :)

Sebab tu la dalam hidup Along kalau berkawan ni Along pegang juz 2 prinsip..!!

1. Kawan itu Mempergunakan dan Dipergunakan
2. Jumpa dan pernah bersembang itu bukan boleh senang-senang untuk kita anggap seseorang itu sebagai seorang KAWAN !!~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Demam Bola



Hari ni Along nak taip sikit pasal EURO 2012 ni yang merupakan fenomena yang sedang melanda di seluruh dunia terutama bagi peminat bola sepak tanah air ni la kan :)
Nak - nak lagi malam ni FINAL EURO pulak.. mesti bersepah la manusia di kedai - kedai mamak for sure..
1 thing yang best bila ada competetive game camni bila semua orang berkumpul tuk tengok game sebenarnya..bukan apa sebab time - time camni la yang buat kan kita dapat jumpa balik member yang da lama tak jumpa dek dengan kesibukan dengan life masing-masing sekarang ni termasuk la Along ni yang da sekian lama tak jumpa member.. mana tak nye, asal balik keje je tido..weekend lak time tuk rehatkan diri ni..

Yang best betol pasal game malam ni dimana SPAIN vs ITALY da pon bertemu di peringkat kumpulan C tempohari dimana dua-dua team ni terikat 1 - 1 time tu...
so malam ni kita boleh la tengok which team is the best in europe ..
Along sokong SPAIN ,
korang lak camne ??


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)


Setahun Dah Berlalu !!~

Huhuhuhuhu !!~
Rasa macam da lama sangat lak Along ni tak update kan kat sini kan...
huhuhuhu....
Tapi apa pon takpe, Along rasa cam happy je this year coz Along pon da keje and maybe sebab tu lah Along ni tak updatekan blog ni ...
HOhohohoho !!~2012 is the best year walaupon da setengah tahun da berlalu and macam-macam benda da jadi, but still 2012 will be the best year in my life ..!!
Kalau nak tahu apa yang akan jadi tuk tahun ni.. kena la tunggu sampai hujung tahun..
Dalam sedar tak sedar la da nak puasa da la .... waaaaaaa... sungguh cepat masa berllu ...
pejam celik je da setahun Along ni tak update menatang ni.. dok busy dengan keje n life sekarang ni.. ni baru boleh nak stablkan diri tuk bahagikan masa dengan keje n my personal life ..!!~
Well, Along still lagi macam dulu juz mungkin busy dengan kerja je la.. ahahahaha


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)