DSC_0607

Syam & Aimi's Wedding Day

Ahahahaha... This time Along nak cerita sikit pasal apa yang Along buat hari ni .. Nak - nak pulak time cuti sekolah camni  memang banyak sangat wedding kan. Ini Along nak cerita sikit pasal wedding 2 orang yang betul - betul Along kenal 8 tahun lepas, Syamsu & Aimi..
Nak dipendekkan cerita yang amat panjang ni , Aimi ni dulu Along punya classmate time Along study kat KUTPM (also known as MSU) dulu, sama - sama study amik DMLT dulu la. Kira memang kenal sangat lah dengan Aimi ni sebab dulu dok study sesama pastu buat event pon sesama gak la sebab dulu memang rapat la, meanwhile Syamsu ni pula orang kuat UPP ( Unit Pembangunan Pelajar ) yang da banyak tolong Along dalam asahkan softskill and many more, dia jugak yang da banyak ajar Along tentang erti kehidupan dunia pekerjaan, sosial dan macam - macam la, even sebab dia jugak la Along rasa Along jadi diri Along sekarang yang tahu how to communicate with other's, kalau nak tahu la, dulu Along ni pemalu gile, memang tk reti nak bersembang la dengan orang lain but dengan dia punya tunjuk ajar, Along da boleh communicate dengan berkesan serta boleh handle event walaupun time tu Along dalam lingkungan umur belasan tahun ( hingusan ).

Along dengan En. Su & Aimi

Time kenduri ni boleh pula Along jumpa dengan ramai kawan - kawan zaman Along belajar kat MSU tu dulu, Along ingatkan dorang semua da lupa kat Along ni , al maklum lah, Along ni terus hilang camtu je time abis dulu, memang lost contact dengan sesetengah orang. Sampaikan ada yang ingat yang Along ni memang da takde da.. Ish.. Sedih pon ada time tu tapi apakan daya, salah Along gak kan hilang tanpa jejak. heheheh.   Bila da jumpa dengan dorang balik tadi, masing - masing dengan pasangan sendiri and ada yang da bawak anak tu, Pergh.. 5 tahun tak jumpa memang la masing- masing da kahwin kan, maka tinggal la Along sorang yang lom berkahwin, maka terkeluar la satu ayat time bersalam dengan pengantin tetiba ada pulak sorang member boleh cakap kat pengantin lelaki 'Tahniah Su, ko da buktikan yang ko bukan gay'. So lepas je ayat tu keluar maka dengan secara automatiknya Along digelar 'Gay' akibat masih belum berkahwin. Haish, geli hati pon ada time tu. Gelak je manjang time jumpa dengan kawan - kawan yang dah lama tak jumpa ni, Masing - masing dengan career sendiri. Cerita pasal kerja pastu dok ramai - ramai then teringat pulak time zaman belajar dulu, susah senang sama - sama time buat event dulu.




Hafizul's family 

Ahahaha.. kadang - kadang bila tengok kawan - kawan yang da kahwin and dah ada anak ni buatkan Along jeles pula. Takpe, tak lama dah lagi pon. Along pun da nak berkomitmen hidup berdua dah lepas ni , yeee haaa... sambil - sambil tu Along selit - selitkan sikit pic time kenduri tadi.

Newly wed Kam & Nida


Yang Newly wed ni dua - dua classmate Along dulu. Da lama da dorang berdua ni bercinta time belaja and tengah bulan November lepas dorang selamat dinikahkan di Masjid UM.




Bakal doc Ayu & Fizah dengan anak 





Sebahagian dari family MSU 

Sempoi style dari pengantin lelaki 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :)